Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis dan Namibia Jalin Kerjasama Strategik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis dan Namibia Jalin Kerjasama Strategik

Perlis dan Namibia Jalin Kerjasama Strategik

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Julai 2024 11:16

Namibia - Pemangku Raja Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Namibia, Netumbo Nandi-Ndaithwah bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Perlis dengan Namibia.

 

Keberangkatan baginda yang diiringi sama oleh anakanda, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail bersempena dengan lawatan Safar Ilmi MAIPS disambut oleh Netumbo Nandi-Ndaithwah bersama-sama Menteri Hal Ehwal Presiden Namibia, Christine Hoebes di pejabat beliau di Dewan Negara, Auasblick, Windhoek.

Turut mengiringi ialah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPS, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Hadir sama ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr. Mohamad Rameez Yahaya dan Setiausaha Ketiga, Norazila Roslan. Demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) hari ini.

Pelbagai perkara berkaitan hubungan dua hala Perlis dan Namibia dibincangkan, termasuklah hasrat MAIPS untuk memainkan peranannya secara aktif melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi berkaitan di Namibia.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih daripada satu jam tersebut, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPS bertitah bahawa MAIPS telah mensasarkan hala tuju perkongsian bersama dalam pelbagai bidang pengurusan hal ehwal Islam seperti pengurusan halal, pendidikan, aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

"Tiada pihak yang rugi sekiranya berkongsi ilmu dan pengalaman, malah usaha tersebut akan mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan golongan sasar," titah Tuanku Pemangku Raja.

Terdahulu, Netumbo Nandi-Ndaithwah dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa pihaknya sedang memberikan fokus dalam bidang pendidikan, pelancongan, hospitaliti, pengurusan sumber minyak, tenaga dan menawarkan perkongsian pengalaman serta pelaburan Malaysia dalam pengurusan penerbangan komersil tempatan.

Pada majlis tersebut, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menawarkan peluang pengajian kepada 15 orang pelajar Muslim dari Namibia untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) selain berharap agar dapat melaksanakan perkongsian berkaitan pengurusan halal kepada pihak Namibia.

Sumber daripada Dewan Budaya

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE