MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Kuala Lumpur - Pemangku Raja Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan orang ramai agar mengelakkan sebarang propaganda subversif yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan awam.
Baginda bertitah,
"Keamanan dan keselamatan merupakan kunci dalam usaha memastikan kehidupan warga sejagat yang harmoni dan bahagia, sekali gus akan membawa kepada matlamat pembangunan mampan."
Menurut titah Tuanku Pemangku, terdapat beberapa berita negatif yang tidak tepat dan mudah disebarkan kepada khalayak sehingga berlakunya kebimbangan awam.
"Kehidupan yang sempurna tidak akan dapat tercapai sekiranya nikmat keselamatan dan keamanan tidak diperoleh, justeru seluruh warga sejagat perlu berada pada titik sama, iaitu bersetuju mempertahankan kestabilan sesebuah negara."
Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Nigeria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh Kaunselor Kanan Suruhanjaya Tinggi Republik Nigeria ke Malaysia, Yusuf D Mustafa dan Pegawai Atase Imigresennya, Abubakar I. Zuwaida.
Turut mengiringi baginda ialah Mufti Perlis, Prof. Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.
Sumber daripada Dewan Masyarakat