Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis Berkenan Sertai Kayuhan Di Songkhla n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis Berkenan Sertai Kayuhan Di Songkhla

Pemangku Raja Perlis Berkenan Sertai Kayuhan Di Songkhla

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Julai 2024 15:19

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengambil bahagian dalam program kayuhan berbasikal yang dianjurkan sempena Sambutan Maal Hijrah 1446 yang bermula di perkarangan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand baru-baru ini.

 

Aktiviti tersebut dianjurkan melalui kerjasama Rural Capital Berhad (RCB), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan juga ahli-ahli TTG Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Konsul 1 merangkap Timbalan Konsul Jeneral, Nik Mohd Faqir Nik Zin dan Konsul (Pentadbiran, Kewangan dan Konsular) Sohaimi Ahmad.

Hadir sama mengiringi Tuanku Pemangku Raja ialah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Haji Hiruddin Hashim, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran selaku Ketua Delegasi TTG Kuala Lumpur, Ketua Penyelaras Malaysia bagi Jaringan MAIPs dengan Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman Thailand, Datuk Zul Aznam Haron dan timbalannya Ashidan Mat Isa.

Dalam ucapan alu-aluan sebelum program bermula, Nik Mohd Faqir dan Sohaimi yang mewakili Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla iaitu Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi

berkongsi taklimat berkaitan operasi pejabat serta perkhidmatan konsular (Bantuan Konsular Kepada Rakyat Malaysia – BKRM) kepada semua yang hadir.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE