MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) mengadakan perbincangan dengan Asian Women’s Leadership University College (AWLUC) bagi mempelopori ruang-ruang kerjasama yang boleh terus membangunkan kepimpinan wanita khususnya melibatkan negeri Perlis melalui program akademik, penyelidikan, pembangunan komuniti dan Executive Education serta latihan kepimpinan masa hadapan.
Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi YTF berkenan berangkat mengadakan pertemuan tersebut dengan pihak AWLUC yang dalam Bahasa Malaysia juga dikenali sebagai Kolej Universiti Kepimpinan Wanita Asia di Tingkat 9, Mercu 2, Kuala Lumpur Eco City.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Kepimpinan Wanita Asia (AWLUC), Tan Sri Zarinah Anwar selaku ketua deligasi kolej universiti tersebut dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) nya, Prof. Emerita Datuk Dr. Rashidah Shuib.
Mengiringi Tuanku Raja Puan Muda Perlis mewakili Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) ialah Ahli-Ahli Pemegang Amanahnya terdiri daripada Tan Sri Datuk Seri Prof Dr Ng Yen Yen, Datuk Yeoh Soo Min, Datuk M. Rajasekaran dan Datuk Charon Wardini Mokhzani.
Sumber: Suara Merdeka