KANGAR, 17 Julai- Sebanyak 24 buah rumah terjejas, susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis kira-kira pukul 9.00 pagi tadi. Jumlah tersebut direkodkan sehingga pukul 3.00 petang ini.
Ia melibatkan 14 kawasan iaitu Sungai Baru, Sungai Bugis, Sungai Berembang, Masjid Al Hussin, Repoh, Kampung Seberang Tok Pi dan Sungai Batu Pahat.
Selain itu, turut terjejas Padang Keria, Pauh Sanglang, Bunga Emas, Pak Lengah, Bohor Temak, Kampung Chemumar dan Kampung Teluk Jambu.
Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
'Yang sahih di Berita RTM'
Sumber: Facebook Berita RTM