MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Arau - Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Putra bertitah bahawa pelajar merupakan amanah universiti dan kemudahan yang sepatutnya perlu disediakan untuk mereka, di samping perancangan yang berkala dan berfasa bagi memastikan kemudahan kolej kediaman dan bilik kuliah sentiasa dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa walaupun dalam situasi kekangan kewangan.
Tuanku Pemangku Raja Perlis juga turut menitahkan bahawa hubungan yang baik dengan semua pihak termasuk pihak industri juga penting bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.
Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penandatanganan Plak Tugu Masa 50 Tahun dan Rangka Tindakan (Blueprint) Pelan Transformasi Pembangunan UiTM Cawangan Perlis 2024-2034 baru-baru in
Keberangkatan baginda ke majlis yang diadakan di Masjid An-Nur UiTM Cawangan Perlis, Arau itu disambut oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin dan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi serta pegawai kanan universiti.
Dalam majlis tersebut, Tuanku Pemangku Raja Perlis turut berkenan untuk menyampaikan sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 20 orang pelajar terpilih dalam kalangan keluarga asnaf UiTM Cawangan Perlis dari seluruh negara. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini sebanyak RM14,000.
Turut berangkat ke Sambutan Kemuncak Jubli Emas UiTM Cawangan Perlis tersebut ialah Paduka Anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Sumber daripada Dewan Masyarakat