Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis Ingatkan Semua Pihak Supaya Menjunjung Undang-Undang Dan Perlembagaan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Pemangku Raja Perlis Ingatkan Semua Pihak Supaya Menjunjung Undang-Undang Dan Perlembagaan

Pemangku Raja Perlis Ingatkan Semua Pihak Supaya Menjunjung Undang-Undang Dan Perlembagaan

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 12 July 2024 16:43

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat untuk menjaga keharmonian, menjunjung Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang dan peraturan serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

 

 

Bertitah merasmikan majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri 1446H/2024M, baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.

“Sikap bertoleransi, saling memaafkan, sentiasa menepati dan melaksanakan tanggungjawab serta santun hendaklah dibudayakan. Yakinlah, aset utama paling bernilai yang kita ada ialah perpaduan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah setiap warganegara juga perlu menjunjung dan berpegang teguh dengan perlembagaan, undang-undang dan peraturan kerana di situ terletaknya kunci keadilan dan penyatuan selain sumber keharmonian dan kesejahteraan hidup.

“Setiap orang hendaklah mengetahui kebolehfungsian yang ada dalam dirinya dan disesuaikan dengan persekitaran sekeliling dalam usaha memberikan sumbangan dan usaha demi agama, bangsa dan negara serta mengutamakan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.

“Nikmat hidup itu pada memberi dan sumbangkanlah sesuatu, walaupun kecil ia tetap menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan umat seluruhnya,” titah baginda.

Dalam pada itu Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah agensi-agensi agama negeri perlu terus berusaha mempertingkatkan tahap profesionalisme dan menggiatkan usaha pembangunan kerohanian masyarakat sama ada berbentuk pengisian ilmu, pengimarahan masjid dan sebarang aktiviti seumpamanya.

Pengarah Akademi Transformasi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Turut berangkat pada majlis di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

 

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE