Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - FCoEE Sediakan Geran Hampir RM500,000 Untuk Penyelidikan Berkaitan Asnaf

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
FCoEE Sediakan Geran Hampir RM500,000 Untuk Penyelidikan Berkaitan Asnaf

FCoEE Sediakan Geran Hampir RM500,000 Untuk Penyelidikan Berkaitan Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 09 July 2024 09:57

PAUH PUTRA, 6 Julai-Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), sebuah entiti di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan geran hampir RM500,000 bagi melaksanakan penyelidikan berkaitan asnaf di Perlis.

 

Geran yang disediakan menerusi dua fasa penyelidikan ini bakal dimanfaatkan para penyelidik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara bagi melaksanakan 53 kajian.

Pengerusi FCoEE, Prof. Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin berkata, kajian ini memfokuskan kepada penerokaan situasi pelajar dan keluarga asnaf di Perlis serta isu-isu pendidikan yang dihadapi oleh mereka mengikut demografi di negeri ini dengan tumpuan kepada 10 topik kajian ditetapkan.

Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen FCoEE dalam mempertingkat kualiti pendidikan dan membantu golongan yang memerlukan dimana kajian dihasilkan kelak mampu memberikan impak positif kepada komuniti.

"Pada tahun 2023, bagi fasa pertama sebanyak 17 kajian berkaitan asnaf telah berjaya dilaksanakan serta dibentang dan dikongsi dengan pelbagai pihak khususnya Jabatan Pendidikan Negeri serta agensi berkaitan.

"Manakala bagi tahun ini, sebanyak 36 kajian bakal dilaksanakan melibatkan penyelidik dari 8 institusi pendidikan tinggi termasuklah Universiti Malaysia Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis dan Universiti Teknologi MARA.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan FCoEE di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra.

Seramai 36 penyelidik menerima geran penyelidikan masing-masing dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM252,000 menerusi Agihan Holistik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs).

Fokus kajian diharapkan dapat menyingkap akar umbi pemasalahan, kaedah mendepani cabaran serta membantu dalam pencaturan langkah penambahbaikan masa depan lebih 11,000 pelajar dari keluarga asnaf di Perlis.

Sumber daripada RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE