MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
PADANG BESAR: Majlis Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Askar Wataniah (HUT AW) Ke-66 berlangsung penuh gilang gemilang di Padang Kawad Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, di sini, baru-baru ini.
Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.
Keberangkatan tiba baginda diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail dan disambut oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab.
Hadir sama dalam majlis itu adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia (AKS CSM), Mejar Jeneral Datuk Norsham Md Tap.
Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah juga berkenan menyempurnakan acara Pemeriksaan Perbarisan penuh bergaya di samping menyaksikan Tadbir Sumpah Anggota Sukarela ke Angkatan Tetap dan juga Pemakaian Beret.
Acara tersebut melibatkan 390 Anggota Sukarela yang berjaya diserap dan akan bertugas sebagai Anggota Sepenuh Masa.
Untuk rekod, acara perbarisan berkenaan merupakan kemuncak bagi sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-66 Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung bermula 28 hingga 30 Jun di Perlis. -UTUSAN
Sumber: Utusan