Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perempuan Perlis berangkat ke program Santapan Morning Coffee sempena hari Askar Wataniah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perempuan Perlis berangkat ke program Santapan Morning Coffee sempena hari Askar Wataniah

Raja Perempuan Perlis berangkat ke program Santapan Morning Coffee sempena hari Askar Wataniah

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 02 Julai 2024 12:56

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis ‘Santapan Morning Coffee sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah (HUT AW) Ke-66’ di Dewan Perwira, Markas 30 Briged Infantri Malaysia, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer, Perlis.

 

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Cucunda, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail disambut oleh Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Puan Sri Datin Hartiah Hamzah.

Majlis santapan ini merupakan sebahagian program yang dilaksanakan daripada sambutan Hari Ulangtahun Askar Wataniah Ke-66 pada tahun ini yang berlangsung di Perlis selaku tuan rumah dari 28 hingga 30 Jun 2024.

 

Tuanku Tengku Fauziah menzahirkan rasa suka cita atas penganjuran majlis pada pagi ini yang secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ukhwan serta jalinan mesra antara ahli jemaah BAKAT. Pemilihan Perlis sebagai tuan rumah juga amat bertepatan dengan masanya bagi sambutan yang berskala besar seperti ini yang melibatkan lebih daripada 1,700 peserta dari seluruh negara sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang rancak berlangsung sekarang.

 

 

FOTO IHSAN ISTANA ARAU

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE