Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Peruntuk RM3.7 Juta Bantuan Fitrah Asnaf

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs Peruntuk RM3.7 Juta Bantuan Fitrah Asnaf

MAIPs Peruntuk RM3.7 Juta Bantuan Fitrah Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 15 May 2019 07:20

KANGAR, 15 Mei 2019 (Rabu) - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan ‘Sumbangan Bantuan Fitrah’ kepada asnaf fakir dan miskin di Perlis berjumlah RM3,751,200 untuk 9,378 buah keluarga dan sumbangan ini diagih mengikut kariah masjid masing-masing.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah diharap agar bantuan ini dapat digunakan secara berhemah dan tidak membazir bagi membuat persediaan masing-masing untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat menghadiri 'Majlis Ihya' Ramadan dan Agihan Bantuan Fitrah MAIPs Tahun 2019M/1440H’ yang diadakan di perkarangan Masjid Tuanku Syed Putra Kangar pada petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) merangkap Pengerusi Jawatankuasa masjid berkenaan, Dr Hazman Hassan.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs menambah bahawa para Amil Zakat MAIPs di setiap kariah diharap dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan efisyen dan cekap.

Ini kerana, titah baginda, amil zakat kariahlah yang menjadi ‘jambatan’ atau penghubung di antara MAIPs, pembayar zakat dan penerima zakat.

"Amil Zakat yang berdedikasi dan bertanggungjawab akan menjadi ‘kunci’ kepada kejayaan kutipan dan agihan zakat yang optimum dan seterusnya akan menatijahkan kepercayaan masyarakat dan Amil Zakat yang dilantik," titah baginda.

Menurut baginda, para Amil juga perlulah cakna dan sentiasa peka terhadap masalah-masalah yang berlaku kepada asnaf-asnaf penerima zakat dan cuba membantu dengan menyalurkan maklumat kaedah cara memohon bantuan dari MAIPs atau agensi bantuan lain yang berkaitan.

"Amil Zakat juga perlulah menguasai aplikasi dan peralatan teknologi maklumat seperti penggunaan aplikasi-aplikasi semasa seperti Facebook, WhatApps dan sebagainya.

"Kebolehan menggunakan peralatan dan aplikasi ini dapat membantu mereka menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan," titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE