Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Menteri Pendidikan Melawat Pusat Kecermerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Menteri Pendidikan Melawat Pusat Kecermerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)

Menteri Pendidikan Melawat Pusat Kecermerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 27 May 2024 09:54

KANGAR, 24 Mei - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE).



FCoEE baru sahaja melancarkan Penubuhan Kelab AI Robotic Education (AiRED) dalam usaha memastikan para pelajar di Perlis tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi.



Menurut Pengerusi FCoEE, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin, ketika ini lapan buah sekolah menengah terpilih sebagai perintis terhadap latihan dan penguasaan terhadap teknologi Kecerdasan Buatan atau AI dan robotik melibatkan penyertaan 160 pelajar Tingkatan 2.



Selain itu, FCoEE dengan kerjasama UniMAP dan IDERIA Sdn Bhd telah melatih 32 orang guru daripada 15 buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah seluruh Perlis sebagai tenaga pengajar yang akan melaksanakan modul pembelajaran Ai dan robotik.



Bersempena lawatan ini, Fadhlina diberi penerangan dan demontrasi pembangunan Ai dan Robotik dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE