Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Contohi Penyediaan Hospitaliti Industri Pelancongan Thailand

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Contohi Penyediaan Hospitaliti Industri Pelancongan Thailand

Contohi Penyediaan Hospitaliti Industri Pelancongan Thailand

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 02 May 2024 10:23

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya pemain industri di Perlis mencontohi dan menjadikan inisiatif penyediaan hospitaliti industri pelancongan Thailand yang menarik seperti di Hat Yai, Phuket dan Bangkok yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong.

 

Penginapan, makanan dan minuman, tempat-tempat menarik, promosi, perkhidmatan mesra pelanggan dengan senyuman, kebersihan dan beberapa faktor lain merupakan elemen penting bagi para pelancong sebelum memilih destinasi percutian masing-masing.

Pemain-pemain industri di Perlis perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk menambah baik dan menyediakan hospitaliti setaraf, malah dalam beberapa aspek boleh lebih baik dari negara jiran kita tersebut khususnya dalam aspek sumber manusia.

Langkah-langkah ini secara tidak langsung mampu merancakkan lagi kempen promosi Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan melancarkan promosi masakan Kurma Daging Perlis di Pantai Seaview Halal Restaurant, Pa Tong, Phuket, Thailand.

Keberangkatan Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh pemilik restoran tersebut, Nurainee Thongyon.

Masakan Kurma Daging ini merupakan sinonim dan dikenali sebagai salah satu signatur masakan Perlis yang bakal disajikan kepada para pengujung khususnya golongan pelancong di restoran ini untuk dimakan dengan nasi atau roti.

Pelancaran Masakan Kurma Daging Perlis pada ‘Promosi Masakan Perlis’ kali ini adalah anjuran pihak restoran dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan Restoran Miza Kampung Gial Perlis.

Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis berangkat bagi mengetuai Program Ziarah Mahabbah tahun 2024 MAIPs bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dilaksanakan di Wilayah Phang Nga dan Phuket bermula 26 hingga 28 April 2024.

Untuk rekod, Promosi Masakan Perlis juga pernah dirasmikan di dua buah venue lain di Phuket sebelum ini iaitu pada 2016 di Hotel The Royal Paradise Hotel dan pada 2022 di Hotel Grand Mercure.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE