Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda lakukan pecah tanah pembinaan bangunan Muslim Wittaya Phuket School

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima plaka dari Piyadej Chuea Chalad sambil disaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen di Muslim Wittaya Phuket School di Phuket, Thailand. - Gambar Ihsan Istana Arau Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima plaka dari Piyadej Chuea Chalad sambil disaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen di Muslim Wittaya Phuket School di Phuket, Thailand. - Gambar Ihsan Istana Arau

Raja Muda lakukan pecah tanah pembinaan bangunan Muslim Wittaya Phuket School

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 29 April 2024 16:26

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melakukan pecah tanah bagi projek pembinaan bangunan Muslim Wittaya Phuket School di Phuket, Thailand.

 

Baginda juga berkenan merasmikan Pusat Bahasa Melayu di sekolah berkenaan.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bergambar kenangan dengan pengurusan Muslim Wittaya Phuket School di Phuket, Thailand. – Gambar Ihsan Istana Arau

 

 

Ia dilakukan sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai Baginda Bersama Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil MAIPs ke Wilayah Phang Nga dan Phuket, Thailand dari 26 hingga 28 April.

 

Berkenan berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, Pemegang Lesen Sekolah Muslim Wittaya Phuket, Piyadej Chuea Chalad dan Ketua Sekolah Muslim Wittaya Phuket, Yusof Yangtalea.

 

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melakukan pecah tanah bangunan baharu Muslim Wittaya Phuket School di Phuket, Thailand. – Gambar Ihsan Istana Arau

 

 

Pembinaan bangunan baharu tiga tingkat di sekolah berkenaan akan dilengkapi dengan 16 bilik dan mampu menampung sehingga 480 pelajar dalam satu-satu masa.

 

Bangunan yang melibatkan kos pembinaan 22 juta Bath ini dilengkapi dengan 1 bilik makmal, 3 bilik guru dan 12 kelas pengajian.

 

Tempoh pembinaan dijangka selama lapan bulan di mana akan siap pada tahun 2025.

 

Sementara itu Raja Muda semasa bertitah, “Beta melihat terdapat keperluan bagi sekolah-sekolah terutamanya di Wilayah Andaman ini untuk memiliki makmal bahasanya yang tersendiri terutamanya bahasa Melayu,”.

 

Baginda bertitah, penubuhan makmal bahasa Melayu di semua sekolah dilihat relevan dan memberikan banyak faedah.

 

Titah Baginda, ia bagi memastikan pelajar menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang mudah difahami dan dituturkan.

 

“Bahasa Melayu menjadi asas kepada pemahaman budaya, sejarah dan identiti masyarakat Melayu terutama di wilayah ini,” titah Baginda.

 

Selain itu titah Baginda, Makmal bahasa Melayu membolehkan pelajar belajar dengan lebih interaktif dan praktikal.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen, Ahmad Fahmi (kiri sekali) dan Mohd Nazim (kanan sekali) berkenan merasmikan Pusat Bahasa Melayu di Muslim Wittaya Phuket School di Phuket, Thailand. – Gambar Ihsan Istana Arau

 

 

Baginda bertitah, pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti seperti perbincangan, penulisan, dan latihan lisan.

 

“Ia juga bagi membolehkan pelajar mengasah kemahiran berbahasa, termasuk tatabahasa, kosa kata, dan komunikasi selain dapat menguji kemahiran menulis dan membaca dalam bahasa Melayu,” titah Baginda.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE