Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lihat kembali kepentingan ukhuwah Islamiyyah

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Lihat kembali kepentingan ukhuwah Islamiyyah

Lihat kembali kepentingan ukhuwah Islamiyyah

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 29 April 2024 16:22

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak semua pihak untuk melihat kembali akan kepentingan ukhuwah Islamiyyah iaitu persaudaraan sesama Islam.

 

Baginda bertitah, yang mana perlunya mempunyai perasaan saling menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara satu sama lain atas asas aqidah Islamiyah.

 

 

Keberangkatan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen disambut oleh guru dan pelajar semasa perasmian Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

 

 

“Ia juga adalah suatu perpaduan antara orang-orang Islam, yang tulus dan ikhlas dalam persaudaraan serta saling mendahulukan kepentingan saudara mereka,” titah Baginda.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

 

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan kepadq pelajar semasa perasmian Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

 

 

Hadir sama Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli, Konsul Jeneral Malaysia, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Gabenor Phang Nga, Kollawat Sapsongsuk.

 

Raja Muda bertitah, Ukhuwah Islamiyah amatlah penting kerana mencintai saudara sesama Islam menggambarkan kita mencintai diri kita sendiri.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pelajar yang menerima sumbangan pada perasmian Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

 

 

Oleh itu titah Baginda, konsep dan kepentingan ukhuwah tidak seharusnya diabaikan dan dilupakan kerana ianya memiliki banyak kepentingannya.

 

Sempena majlis berkenaan Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Fi Sabililah MAIPs sebanyak RM20,000 bagi kegunaan peralatan Tadika.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan serahan cek replika fisabilallah oleh Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen kepada wakil sekolah Wittayathan School sempena Program Ziarah Mahabbah di Phang Nga, Thailand.

 

 

Baginda berdua juga berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai RM200 kepada 50 pelajar sekolah berkenaan.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE