Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda beri sumbangan kepada 30 anak yatim

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
 Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di Masjid Al-Adnan, Trang, Thailand. Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di Masjid Al-Adnan, Trang, Thailand.

Raja Puan Muda beri sumbangan kepada 30 anak yatim

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 29 April 2024 16:02

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim di Masjid Al-Adnan, Trang, Thailand.

Sumbangan ini diberikan pada majlis meraikan asnaf dan aytam sempena Program Ziarah Mahabbah Edisi Ke-9.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bertemu dengan sebahagian wakil MUI Wilayah Andaman di Masjid Al-Adnan, Trang, Thailand

 

 

Program ini diketuai oleh Raja Muda Perlis Merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bersama Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil MAIPs ke Wilayah Phang Nga dan Phuket, Thailand dari 26 hingga 28 April.

 

Program Ziarah Mahabbah ini bagi melestarikan falsafah Ummatan Wahidah melalui perkongsian pintar di dalam pelbagai bidang iaitu kemajuan agama Islam, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan demi manfaat umat Islam.

 

Ia sejajar dengan falsafah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

 

Program Ziarah Mahabbah ini telah memberikan impak positif apabila diadakan pada kali pertama di Wilayah Krabi (2015), Wilayah Phuket (2016), Wilayah Phang Nga dan Nakhorn Sittamarat (2017), Wilayah Trang (2018), Wilayah Ranong (2019), Wilayah Krabi (2020), Wilayah Phuket (2022) dan Wilayah Trang (2023).

 

Program ini melibatkan kolaborasi strategik bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan kerjasama Majlis Agama Islam (MAI) Wilayah Phang Nga dan Phuket, Thailand.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE