Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Dorong Asnaf Jadi Muslim Miliki Personaliti Baik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Dorong Asnaf Jadi Muslim Miliki Personaliti Baik

/ Archive MAIPs / Jumaat, 19 Mei 2017 15:28

ARAU, 19 Mei 2017 (Jumaat) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya masyarakat memberi dorongan berterusan kepada golongan asnaf untuk menjadi muslim yang memiliki personaliti baik dan berwibawa.

Menurut baginda asnaf yang disantuni dalam keadaan sakit hendaklah terus dibantu dan didorong agar mereka dapat menunaikan kewajipan seperti berpuasa, solat dan berkeinginan menyertai majlis-majlis bersama masyarakat.

“Kita juga harus berikan bantuan dan sokongan agar mereka keluar dari kepompong kemiskinan sehingga mampu mengeluarkan zakat dan menunaikan haji,” titah baginda pada program ‘The Winning Formula’ anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) di Perumahan Awam Arau di sini, malam tadi.

Hadir sama pada program itu Ketua Bahagian Komunikasi Strategik PDB, Ruziah Azdi Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Noor.

Seramai lima pengamal media dari Medan, Indonesia dan lapan dari Selatan Thailand yang menghadiri ‘Forum Media IMT-GT’ sempena sambutan keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-74 turut hadir.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah majlis itu sedaya upaya menerapkan keinginan dalam diri setiap asnaf untuk keluar dari kepompong kemiskinan serta melaksanakan perintah-perintah agama seperti yang terkandung dalam Rukun Islam.

“Jika diamati, perintah yang diwajibkan adalah penanda aras bagi penganut Islam. Orang Islam yang baik sentiasa menunaikan solat, bersyukur dengan nikmat Allah, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan fardu haji,” titah baginda.

Pada program itu MAIPs mengagihkan zakat berjumlah RM35,400 kepada 59 orang asnaf yang menerima RM600 seorang manakala PDB pula menyumbangkan wang tunai dan barang keperluan dapur.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE