Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemimpin Mesti Mahir Rancang Tugasan Untuk Pekerja

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Pemimpin Mesti Mahir Rancang Tugasan Untuk Pekerja

Pemimpin Mesti Mahir Rancang Tugasan Untuk Pekerja

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 09 April 2024 12:19

PERANCANGAN merupakan kemahiran bagi seseorang pemimpin itu untuk memetakan arah, mentakrifkan matlamat dan memberikan tugas khusus kepada pekerja dan orang bawahannya.

 

Seorang pemimpin yang baik akan membuat rancangan jangka panjang yang terperinci, mempunyai tugasan yang munasabah, dan menyelesaikan masalah biasa yang dihadapi oleh organisasinya.

Seseorang pemimpin yang baik itu juga bukan sahaja akan mewakilkan tugas dari atasan dan mengawasi rakan sepasukannya dengan teliti.

Malah, beliau hendaklah berkemampuan untuk mencari orang yang betul, tetapkan pekerjaan yang betul, memberikan kepercayaan kepada pekerja dan bersedia membantu apabila mereka menghadapi sebarang masalah.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Nur Al Saadah, Kampung Banggol Sena, Mata Ayer baru-baru ini.

Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang ini diberikan kepada 70 asnaf dari anak kariah Kampung Banggol Sena dan 70 lagi adalah anak kariah dari Padang Siding.

Berangkat sama ialah anakanda bongsu Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Para asnaf yang terpilih menerima sumbangan tersebut diwajibkan melakukan saringan kesihatan secara percuma dan juga mengikuti Ceramah Bangun Jiwa Asnaf dari pihak MAIPs terlebih dahulu.

Jumlah penuh sumbangan MAIPs pada kali ini adalah RM98,000 dan ia dianjurkan bertujuan untuk menyantuni dan meringankan beban golongan asnaf yang memerlukan di negeri ini.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, sesebuah organisasi terdiri daripada ramai orang yang bekerja dan tinggal bersama.

Setiap orang mempunyai personaliti, sudut pandangan, dan kekuatan tersendiri.

Oleh itu, seseorang pemimpin itu perlu memahami faktor setiap orang untuk mengetahui cara menggunakan dan menggalakkan individu itu untuk menonjolkan lagi potensi penuh mereka di tempat kerja sebagai aktiviti ikatan pasukan.

“Kemahiran pengurusan juga membolehkan seseorang pemimpin itu mampu menyelesaikan sebarang konflik yang berlaku antara ahli dengan cara yang paling munasabah dan paling cepat,” titah Raja Muda.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE