Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wujudnya Iman, Tauhid Jadikan Diri Berintegriti, Berjaya- Raja Muda

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Wujudnya Iman, Tauhid Jadikan Diri Berintegriti, Berjaya- Raja Muda

Wujudnya Iman, Tauhid Jadikan Diri Berintegriti, Berjaya- Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 09 April 2024 12:11

DENGAN wujudnya iman, tauhid dan takwa terhadap Allah SWT dalam diri seseorang itu, maka ia sudah pasti akan memberi impak yang maksima kepada mereka untuk menjadikan dirinya benar-benar berintegriti dan berjaya.

Hal ini jelas terbukti pada zaman Baginda Rasulullah SAW dan generasi sahabat yang ditarbiyah dengan kekuatan hati yang beriman dan bertauhid.

Mereka bukan sahaja menjadi sebaik-baik Ummah, bahkan memimpin tamadun kemanusiaan mengikut acuan syariat Islamiyah.

“Sama-samalah kita berusaha menjadi umat yang terbaik dan dicintai oleh Allah SWT. InsyaAllah,” titah Raja Muda Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ di sekitar pinggir Kangar yang disertai oleh ketua-ketua agensi negeri dan juga Persekutuan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan untuk singgah bagi menyantuni dan menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada keluarga asnaf yang terpilh pada kali ini.

Zamzuri Othman, 55 dari Kampung Titi Tok Bandar, Mashasa Ahmad Junis, 54 tdan Yusof Hamid, 61 tahun dari Kampung Utan Ibus telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik ini.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE