Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Saran Wanita Agar Manfaatkan Teknologi Informasi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Saran Wanita Agar Manfaatkan Teknologi Informasi

/ Archive MAIPs / Rabu, 03 Mei 2017 15:28

ARAU, 3 Mei 2017 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan golongan wanita agar lebih bijak memanfaatkan kemudahan teknologi bagi mendapatkan informasi berkaitan hak membela wanita.

Baginda bertitah kebelakangan ini dilaporkan terdapat peningkatan kes berkaitan keganasan rumah tangga yang menjadi kebimbangan serta seharusnya diberi perhatian serius.

"Teknologi maklumat harus digunakan sebaiknya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta panduan berkenaan pelbagai saluran serta perkhidmatan khusus bagi wanita mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

"Agensi agama di Perlis juga akan bekerjasama dengan agensi dan jabatan berkaitan bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat khususnya mangsa keganasan rumah tangga," titah baginda sempena program 'Hidup Lebih Mudah' di Surau An Nuur, Rancangan Perumahan Awam (RPA) Simpang Empat, dekat sini Selasa malam.

Keberangkatan baginda ke majlis anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadar Melayu Perlis (MAIPs) dan Telekom Malaysia (TM) itu disambut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus TM Perlis/Kedah, Norlela Baba.

Baginda bertitah agar golongan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk bangkit mencari saluran berkaitan serta menggunakannya bagi mendapatkan pembelaan dan keluar daripada kehidupan terus ditindas pasangan.

Pada majlis itu Raja Muda yang juga Yang Dipertua MAIPs turut berkenan menerima sumbangan zakat daripada TM berjumlah RM225,141 yang dipersembahkan oleh Norlela.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE