Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PMB Serah Zakat Perniagaan RM20,000 Kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

PMB Serah Zakat Perniagaan RM20,000 Kepada MAIPs

/ Archive MAIPs / Sabtu, 22 April 2017 15:28

ARAU, 22 April 2017 ( Sabtu) - Pelaburan Mara Berhad (PMB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM20,000 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang Dipertua MAIPs, berkenan menerima zakat tersebut pada program 'MARA Santuni Asnaf bersama MAIPs' di Surau Kampung Belat Batu di sini, hari ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Duta Besar Jerman ke Malaysia, Holger Michael yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Perlis selama dua hari dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Zulfikri Osman dan Pengarah Mara Perlis, Zahari Aziz.

Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, penyerahan zakat itu untuk diagihkan kepada 30 asnaf terpilih bagi mengurangkan beban mereka yang antaranya terdiri daripada ibu tunggal, pelajar kurang berkemampuan dan fakir miskin.

Selain itu, GiatMara turut mengambil inisiatif membaikpulih tiga buah rumah asnaf yang rosak melibatkan kos sebanyak RM12,000 selain mengadakan gotong-royong di tiga buah rumah asnaf terpilih yang disertai 60 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri dan Giatmara Perlis.

Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang program itu ialah ‘Klinik Bahasa Inggeris’ bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris oleh tenaga pengajar dan pelajar Kolej Universiti Polytech Mara (KUPTM) kepada 26 pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Jelempok, di sini.

Mereka turut menyertai kayuhan 'MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali ke-24 tahun ini sejauh 16km yang turut disertai Raja Muda Perlis.

Para peserta kayuhan turut meluangkan masa singgah di 'Bengkel Kuah Rojak' milik D'Unique Style di Kampung Chermai Jelempok di sini .

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE