Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkatkan Ibadah Di Sepanjang Ramadan - Titah Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Tingkatkan Ibadah Di Sepanjang Ramadan - Titah Raja Muda Perlis

Tingkatkan Ibadah Di Sepanjang Ramadan - Titah Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 13 May 2019 14:20

ARAU, 13 Mei 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitah ingatkan bahawa bersempena bulan Ramadan pada kali ini sama-samalah kita sebagai umat Islam meningkatkan amal ibadah dan solat yang juga merupakan aktiviti berbentuk fizikal.

Pada masa yang sama juga bagi yang berkeupayaan baik lelaki mahupun perempuan, amalkanlah juga aktiviti bersukan dan beriadah secara sederhana kerana puasa tidak menghalang kita dari bergiat aktif dan meningkatkan stamina diri, titah baginda.

"Melalui tubuh badan yang sihat dan kuat memungkinkan kita untuk dapat bekerja, belajar dan beribadah kepada Allah dengan lebih fokus," titah baginda.

Pada kesempatan yang sama baginda memuji kerana melihat walaupun jumlah mungkin sedikit berkurangan berbanding pada bulan-bulan biasa, namun trek-trek larian, dewan-dewan sukan tertutup, gelanggang-gelanggang futsal dan juga lapangan woodball serta Kelab Golf Putra masih rancak dihadiri ramai di negeri ini pada bulan Ramadan kali ini.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat merasmikan ‘Projek Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf MAIPs’ berupa kebun pertanian limau kasturi dan juga kacang bendi yang diusahakan oleh Amran Sidik (No Tel 0175611021) di Guar Sanji, Arau baru-baru ini.

MAIPs pernah menyumbangkan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,927 sehingga hari ini kepada Anran iaitu berupa bantuan modal sebanyak RM1,300 pada 27/11/15 dan bantuan peralatan sebanyak RM4,500 (9/4/18) dan RM1,237 (14/1/19).

Keberangkatan baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor serta ketua-ketua jabatan dan juga agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Majlis tersebut disekalikan dengan program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf’ kali yang ke 35 bagi tahun 2019 sejauh 10km yang bermula dan berakhir di perkarangan ‘Centre of Sunnah MAIPs’ di Masjid Lama Arau dan turut singgah di tiga buah rumah asnaf terpilih bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat daripada MAIPs berupa wang tunai RM600, barangan keperluan harian dan juga beras kepada setiap penerima.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE