Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UIM, MAIPs Martabatkan Pengajian As-Sunnah Menerusi Kursi Jamalullail n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

UIM, MAIPs Martabatkan Pengajian As-Sunnah Menerusi Kursi Jamalullail

/ Archive MAIPs / Rabu, 12 April 2017 14:28

CYBERJAYA, 12 April 2017 (Rabu) - Universiti Islam Malaysia (UIM) dan Majlis Agama  Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan bekerjasama memartabatkan pengajian  As-Sunnah di negara ini menerusi penubuhan Kursi Jamalullail di universiti itu.  Kesepakatan   itu dicapai menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) UIM dan MAIPs hari ini,   dengan MAIPs akan membiayai Kursi Jamalullail itu. 

Presiden UIM Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Noor berkata kerjasama itu dijalinkan berikutan titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail supaya Kursi Jamalullail diwujudkan di UIM bagi menepati kluster penyelidikan di universiti itu.

"Pihak universiti telah berbincang dengan kerajaan negeri Perlis untuk memilih bidang As-Sunnah memandangkan ia adalah sandaran kedua umat Islam selepas Al-Quran," katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu, yang disaksikan Tengku Laksamana Perlis Datuk Seri Diraja Syed Razlan Tuanku Syed Putra Jamalullail, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Yusof berkata UIM juga akan menjalinkan kerjasama dengan majlis agama Islam negeri-negeri lain dalam bidang-bidang yang dipersetujui secara bersama.

Pada majlis itu, Tengku Laksamana Perlis turut menyampaikan syarahan bertajuk 'Jamalullail: Perlis Indera Kayangan' yang berkisar mengenai sejarah pembentukan negeri itu dan asal usul Raja-Raja Perlis yang bermula daripada Raja Perlis pertama Tuanku Raja Syed Hussain Jamalullail.

Sumber daripada  BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE