Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Sertai Program Kayuhan Sempena Hari Ibu

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Sertai Program Kayuhan Sempena Hari Ibu

Raja Muda Perlis Sertai Program Kayuhan Sempena Hari Ibu

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 13 May 2019 13:20

PADANG BESAR, 13 Mei 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf (Khas) yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Sempena Hari Ibu 2019’ sejauh 12 kilometer yang bermula dam berakhir di pekarangan Surau Al Aziz Ibu pejabat Polis Daerah Padang Besar petang semalam.

Turut mengiringi baginda ialah Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan beberapa orang ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Baginda beserta para peserta yang lain singgah menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada dua keluarga asnaf terpilih di Kg Melayu Padang Besar.

Kemudian Tuanku Raja Muda berbasikal menyeberangi ke Pekan Siam di sebelah Thailand bagi menziarahi warga komuniti Muslim di sana yang berhimpun di Masjid Nurul Hidayah dengan menyerahkan sumbangan Ihyak Ramadhan MAIPs berjumlah RM1,000 setiap sebuah kepada tiga masjid yang diwakili oleh imam mereka iaitu Ismail Hamzah (Masjid Nurul Hidayah), Ghazali Awe Mahmud ((Masjid Furqan) dan Abdul Malaik Abdul Karim (Masjid Darul Mustakim).

Terdahulu baginda turut berkenan menyerahkan kotak-kotak buah kurma sumbangan MAIPs kepada para petugas di Balai Polis Padang Besar serta kepada wakil-wakil daripada pihak Kastam, Imigresen dan Polis Thailand di sempadan untuk berbuka puasa.

Sempena kayuhan kali ke 36 bagi tahun ini tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan meninjau suasana Bazar Ramadhan di Padang Besar di sebelah Malaysia dan juga yang terdapat di Pekan Siam Thailand.

Menurut Mohd Nazim selepas program tersebut, ‘Menyayangi dan berbuat baik kepada ibu hendaklah berpanjangan dan bukan hanya terhad pada Hari Ibu sahaja’.

Tambah beliau lagi, sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab untuk sentiasa memberikan perhatian kepada ibu yang telah berkorban serta berjasa dalam kehidupan.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE