MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR, 13 Mei (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melancarkan ‘Kempen Kutipan Wakaf Tunai Bangunan Wakaf MAIPs - Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Peringkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Perlis pada sabtu malam.
Kempen berkenaan telah disempurnakan pelancarannya oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs bersempena ‘Majlis Berbuka Puasa’ yang diadakan di Wisma TNB Kangar.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor menyampaikan taklimat mengenai kempen berkenaan kepada sekalian yang hadir di mana MAIPs akan mempamerkan gegantung khas hebahan kempen berkenaan di kaunter bayaran TNB bermula hari ini.
Tambah beliau lagi, masyarakat disaran mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk memberikan sumbangan wakaf bagi merealisasikan hasrat pembinaan sebuah projek ‘Mercu Tanda Wakaf’ di Negeri Perlis ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa bangunan tersebut memerlukan sumbangan sebanyak RM6 juta dan status pembinaan kini sudah pada peringkat 55 peratus siap.
Antara lain yang hadir ialah Pengurus Besar TNB Perlis (Bahagian Pembahagian), Abdul Aziz Yaacob serta pengurusan pejabat TNB Perlis. Turut hadir, Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali dan Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.
Sumber daripada Utusan Online