Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kayuhan Berbasikal RCB 10 Bersama Raja Muda Perlis Sumbang RM25,500

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Kayuhan Berbasikal RCB 10 Bersama Raja Muda Perlis Sumbang RM25,500

Kayuhan Berbasikal RCB 10 Bersama Raja Muda Perlis Sumbang RM25,500

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 28 November 2023 15:02

RURAL Capital Berhad (RCB) telah memberikan sumbangan amal berjumlah RM25,500 kepada golongan memerlukan sempena program ‘Kayuhan Berbasikal RCB 10 bersama Raja Muda Perlis’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai kayuhan sejauh 15 kilometer di sekitar Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor.

 

Kayuhan tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Sri Azhar Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan)nya, Datuk Zulfikri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RCB, Hiruddin Hashim.

Antara lokasi disnggah ialah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Sepang serta Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Camar Laut.

Di MITS pihak RCB menyerahkan sumbangan kepada 245 orang pelajar yang disaksikan oleh Pengetuanya, Siti Noridah Tohiron.

Pengarah Eksekutif Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Sri Dr. Irmohizam Ibrahim pula menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar.

Manakala di LKIM Camar Laut pula, Baginda berkenan menyaksikan sesi penyerahan sumbangan bakul makanan oleh RCB kepada 10 nelayan terpilih kawasan setempat yang dikenalpasti oleh LKIM.

Hadir sama Penanggung Tugas Ketua Pengarah LKIM iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)nya, Zulkarnain Asha’ari.

Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Zahari Aziz berkongsi kata-kata semangat kepada nelayan-nelayan yang hadir khususnya dalam memberikan tahap pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Lebih 150 warga kerja MARA, RCB, MAIPs, TTG KL dan MARA Cycling Club telah mengambil bahagian dalam kayuhan ini.

Program berakhir dengan majlis penyerahan zakat perniagaan RCB Tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang, Selangor.

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE