Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Sertai 600 Pelajar Universiti Awam Dalam Program Kemasyarakatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Sertai 600 Pelajar Universiti Awam Dalam Program Kemasyarakatan

/ Archive MAIPs / Ahad, 26 Februari 2017 11:28

ARAU, 26 Feb 2017 (AHAD) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyertai program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) - Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Berbakti di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini.

Program julung kali itu diadakan bersempena seminar Memperkasakan Amalan Terbaik SUKSIS Universiti Awam (UA) 2017 disertai 600 peserta mewakili 20 UA, bermula dan berakhir di Dewan Ilmu UniMAP.

Melalui USR, peserta berpeluang berkongsi amalan terbaik projek-projek kesukarelaan yang pernah dianjurkan oleh UA bersama pihak korporat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan kerjasama pintar melaksanakan program-program tanggungjawab sosial.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Canselor UniMAP turut menyertai senamrobik bersama para peserta dan kemudian baginda serta 80 anggota SUKSIS menyertai program berbasikal 'Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali ke-14 bagi tahun 2017 sejauh 25 kilometer.

Selain singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih, baginda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyampaikan zakat MAIPs kepada 30 asnaf terpilih di surau Kampung Rambai, Padang Siding, dekat Arau.

Program lain yang diadakan ialah membuat lukisan mural di sebuah jambatan, memberi motivasi kepada 150 pelajar Sekolah Menengah Tunku Budriah serta mengecat dan membersihkan sebuah rumah asnaf terpilih, semuanya di Arau.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE