Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Cari Ilmu Dan Kefahaman Yang Benar Mengenai Islam- Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Cari Ilmu Dan Kefahaman Yang Benar Mengenai Islam- Raja Muda Perlis

Cari Ilmu Dan Kefahaman Yang Benar Mengenai Islam- Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 04 Mei 2019 08:20

KANGAR,  4 Mei 2019 (Sabtu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru kepada umat Islam agar mencari ilmu dan kefahaman yang benar dan sahih mengenai agama tersebut.

Titah baginda, melalui ilmu sahaja yang mampu membersihkan minda umat Islam daripada belenggu kejahilan.

Malah titah baginda, pengetahuan ilmu agama ini juga merupakan di antara tanda-tanda keredaan Allah SWT ke atas hamba yang dipilih-Nya.

“Mencari ilmu agama itu bukanlah satu pilihan bagi individu yang menggelar dirinya sebagai mukmin yang sejati.

“Bak kata Al-Imam Al-Syafie ketika ditanya berkenaan usahanya dalam menuntut ilmu ‘Aku mencari ilmu umpama seorang ibu yang kehilangan anaknya’,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan merasmikan Simposium Penerima Tauliah Dan Penganugerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis 2019 di Dewan Warisan di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan.

Turut hadir , Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap agar 32 guru yang menerima tauliah tersebut dapat menjadi tenaga pengajar yang baik dalam menyampaikan ilmu kepada orang ramai.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE