Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Martabat Masyarakat Diangkat Melalui Pendidikan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Martabat Masyarakat Diangkat Melalui Pendidikan - Raja Muda Perlis

Martabat Masyarakat Diangkat Melalui Pendidikan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Mei 2019 13:20

PADANG BESAR, 3 Mei 2019 (Jumaat) - Pendidikan merupakan salah satu elemen penting di dalam kehidupan setiap insan dan ini menunjukkan bahawa setiap manusia ‘berhak’ mendapat pendidikan tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang keluarga dan sebagainya.

Oleh itu, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melihat bahawa hanya melalui ilmu dan pendidikan sahaja dapat mengangkat martabat dan menjulang seseorang untuk berjaya dalam kehidupan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan ‘Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 kepada 40 pelajar Pusat Celik Minda MIDF/MAIPs yang diadakan di pekarangan Taman Desa Asnaf MAIPs di Batu Bertangkup, Padang Besar petang semalam. 

Keberangkatan tiba baginda ke majlis dianjurkan secara bersama oleh MAIPs dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir bagi mempersembahkan mok cek berjumlah RM135,900 sebagai peruntukan sumbangan untuk menjayakan projek yang sama bagi pihak midf untuk tahun ini ialah Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Charon Wardini Mokhzani serta para pegawai kanan organisasi beliau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut menambah bahawa pendidikan umumnya bermaksud “Proses kehidupan dalam mengembangkan diri setiap individu supaya dapat hidup dan meneruskan kehidupan”.

Masalah kesempitan hidup sentiasa menghimpit pelajar daripada keluarga fakir dan miskin. Golongan ini adalah salah satu kategori asnaf yang layak menerima agihan zakat. Oleh itu, pihak MAIPs merasa amat gembira apabila pihak midf sentiasa sudi menyumbang dan bekerjasama bagi mengadakan Program di Pusat Celik Minda untuk pelajar-pelajar dari kalangan keluarga asnaf ini.

Untuk rekod pula, MAIPs telah membuat agihan peruntukan wang agihan zakat khusus untuk Bantuan Zakat Persekolahan MAIPs bagi tahun 2018 sebanyak RM2,154,400 untuk diagihkan kepada semua pelajar miskin di Perlis. Seramai 5,642 pelajar sekolah rendah dan 5,132 pelajar sekolah menengah seluruh Perlis mendapat bantuan zakat MAIPs bagi membuat persediaan sesi persekolahan 2019. Selain itu, MAIPs turut mengagihkan Bantuan Serta Merta IPT berjumlah RM3,451,200 kepada 2,754 orang pelajar yang menyambung pengajian di peringkat IPT.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE