Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Semua Pihak Perlu Gabung Usaha Tingkatkan Perpaduan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Semua Pihak Perlu Gabung Usaha Tingkatkan Perpaduan - Raja Muda Perlis

Semua Pihak Perlu Gabung Usaha Tingkatkan Perpaduan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Mei 2019 11:20

PADANG BESAR, 3 Mei 2019 (Jumaat) - Semua pihak sama ada Jabatan dan Agensi Kerajaan, Sektor Swasta, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), komuniti rukun tetangga, pemimpin dan rakyat secara keseluruhannya diseru untuk bergabung tenaga dan idea mengambil peranan dan alternatif terbaik dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan kesatuan rakyat di semua peringkat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, justeru penganjuran program-program pengukuhan integrasi dalam masyarakat yang berbilang kaum amatlah digalakkan dan perlu dipertingkat serta dimantapkan lagi pada masa-masa yang akan datang.

"Semoga kita dapat membentuk sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu, harmoni dan mempunyai jati diri yang kukuh," titah baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat melancarkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Belukar Lenga / Kubang Tiga Chuping yang merupakan kawasan ke 130 di negeri ini diadakan di Kampung Belukar Lenga Jalan Padang Besar lewat petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) Negeri Perlis, Mohd Rosli Alias.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mengambil sempena ‘Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2019’ yang bermula sejak 28 April yang lalu tersebut disekalikan dengan aktiviti ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke 34 bagi tahun ini.

Bersempena program tersebut baginda turut berkenan merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi asnaf MAIPs berupa sebuah kiosk makanan yang diusahakan oleh Nurul Hapiz Ahmad (No Tel: 0175093667) di hadapan Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Chuping yang menerima sumbangan MAIPs berjumlah RM3,500 untuk bantuan modal dan juga penambahbaikan kiosk dan perolehan aset.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE