Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pakej Pelancongan Khas Perlis Dilancar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pakej Pelancongan Khas Perlis Dilancar

Pakej Pelancongan Khas Perlis Dilancar

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 01 Mei 2019 10:20

KUALA LUMPUR, 1 Mei 2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan pakej pelancongan khas melawat negeri Perlis bersempena 'Musim Harumanis 2019' yang baru bermula pada minggu ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis pelancaran tersebut dilaksanakan di Busana@Menara MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bersempena perasmian ‘Karnival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2019 di Kuala Lumpur’ semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Malaysia, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abdul Ghafar.

Pakej terbaru tersebut diperkenalkan oleh Unic Astana Holidays Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarahnya, Anas Akmal Arshad dan diberi nama ‘Authentic Perlis - #myPerlis’.

Tiga pakej menarik yang disediakan dan memerlukan minima empat peserta ialah:

1. ‘Taste of Harumanis’ : Tour 1 hari : RM99 seorang.

2. ‘Harumanis Discovery Tour’ : 2 hari 1 malam: RM259 seorang.

3. ‘Harumanis Ultimate Experience’ : 3 hari 2 malam : RM349 seorang.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melayari web : unicastana.com atau menghubungi telefon bimbit : 012-4763743.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE