Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hakim Syarie mesti junjung prinsip integriti – Pemangku Raja Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Hakim Syarie mesti junjung prinsip integriti – Pemangku Raja Perlis

Hakim Syarie mesti junjung prinsip integriti – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 09 June 2023 15:48

SESEORANG Hakim Syarie wajib dan mesti menjunjung prinsip integriti dalam setiap tindak tanduk, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, integriti adalah melakukan perkara yang betul dan sahih, walaupun tiada insan lain yang melihat.

Titah Baginda, Hakim Syarie juga haruslah menjaga etika sebagai seorang Hakim dan yang paling penting adalah untuk mengelakkan apa-apa tohmahan oleh masyarakat.

“Pada masa yang sama gunalah budi bicara Hakim Syarie dengan penuh hikmah supaya sistem perundangan dan kehakiman syariah akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat,” titah Baginda lagi.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan menerima sembah mengadap Ketua Pengarah yang juga Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohd Amran Mat Zain di Kuala Lumpur, semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mohd Amran diiringi Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang juga Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perlis, Datuk Mohd Shukor Sabudin dan Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid serta Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perlis, Mohd Abu Hassan Abdullah.

Turut hadir Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),Mohd Nazim Mohd Noor. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE