Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - BIMB serah zakat perniagaan RM185,000 kepada MAIPs

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
BIMB serah zakat perniagaan RM185,000 kepada MAIPs

BIMB serah zakat perniagaan RM185,000 kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 02 June 2023 23:13

BANK Islam Malaysia Berhad (BIMB) menyampaikan Zakat Perniagaan 2022 sebanyak RM185,000 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik mempersembahkan cek replika kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Masjid Al-Falah Behor Mempelam, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima di Masjid Al-Falah Behor Mempelam, Arau.

 

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Di majlis yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 140 asnaf terpilih.

70 daripada mereka adalah penerima dari kariah Behor Mempelam dan 70 orang lagi dari kariah Tambun Tulang.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan amanat kepada asnaf yang menerima agihan zakat MAIPs di Masjid Al-Falah Behor Mempelam, Arau.

 

Pemangku Raja menzahirkan rasa gembira atas kesudian pihak BIMB yang sekali lagi mengunjungi Perlis bagi menyalurkan sumbangan zakat.

Baginda berharap agar lebih banyak lagi syarikat koporat dari luar yang sudi berganding bahu dengan MAIPs untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di negeri ini.

 

Sebahagian asnaf yang hadir menerima agihan zakat MAIPs mendengar amanat yang berkenan disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra di Masjid Al-Falah Behor Mempelam, Arau.

 

Mohd Nazri pula memaklumkan bahawa kehadiran mereka ke Perlis juga adalah untuk membincangkan pelbagai kolaborasi sedia ada dan juga yang baharu untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat Perlis sangat bertuah kerana mempunyai Pewaris Takhta yang sangat prihatin dan sudi berangkat menyampaikan sendiri bantuan dan berjumpa dengan asnaf yang terpilih di segenap pelosok negeri. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE