Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja hadir penyerahan biasiswa Smart Reader Kids n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja hadir penyerahan biasiswa Smart Reader Kids

Pemangku Raja hadir penyerahan biasiswa Smart Reader Kids

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 01 Jun 2023 10:26

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat pada majlis penyerahan biasiswa Smart Reader Kids – “One Child One Hope” Kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Smart Reader Worldwide, Datuk Seri Dr. Richard Ong dan Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Darus.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bergambar bersama kanak-kanak pada majlis penyerahan biasiswa Smart Reader Kids – “One Child One Hope” Kepada YTSP Perlis di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar.

 

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian oleh 34 pelajar dari Smart Reader Kangar dan Arau.

Dr. Richard Ong dalam ucapan berkata, penubuhan program biasiswa “One Child One Hope” ini merupakan inisiatif pihak Smart Reader Worldwide untuk melahirkan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan.

“Sejak biasiswa ini dimulakan di Perlis pada tahun 2008, Smart Reader Worldwide telah menyumbangkan hampir RM1 juta kepada 186 kanak-kanak bagi meneruskan pendidikan pra-sekolah yang berkualiti tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berucap pada majlis penyerahan biasiswa Smart Reader Kids – “One Child One Hope” Kepada YTSP Perlis di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar.

 

Beliau berharap biasiswa ini dapat diteruskan dalam membantu kanak-kanak di Perlis terutamanya golongan yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan pendidikan berkualiti.

Pemangku Raja Perlis selaku Pengerusi YTSP Perlis telah dipersembahkan dengan cek replika berjumlah RM140,000 oleh Dr Richard Ong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, pendidikan awal kanak-kanak adalah proses asuhan atau didikan sejak dari lahir sehingga seorang anak itu berusia lapan tahun.

Titah Baginda, ia merupakan tunjang utama sebagai asas bagi mempersiapkan kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan.

“Pendidikan awal membolehkan anak kecil belajar, bergaul dan membina hubungan baik dengan rakan sebaya dan guru mereka,” titah Baginda.

Baginda bertitah, konteks utama adalah berkisar kepada anak-anak terutamanya dalam meningkatkan interaksi sosial mereka.

Malah titah Baginda lagi, pusat pendidikan yang baik akan mampu mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni di dalam bilik darjah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, ia bukan sahaja akan membuahkan hasil anak-anak yang berkualiti, malahan minat mereka akan semakin bertambah untuk belajar.

Titah Baginda lagi, akses pendidikan awal ini membolehkan anak-anak ini mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan secara bersemuka di sekolah.

Malah titah Baginda, dengan adanya usaha seperti ini banyak ruang dan peluang akan diberikan kepada mereka untuk meneroka dunia pendidikan yang sebenar.

Titah Baginda, hasilnya anak-anak ini menjadi lebih yakin untuk berdiri di atas kaki sendiri dan peka akan keadaan sekeliling.

“Pendekatan holistik yang dipupuk dalam kalangan pelajar akan menjadikan mereka seimbang dari sudut sahsiah, rohani dan akademik”, titah Baginda lagi.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE