Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerajaan Australia tingkatkan hubungan kerjasama dengan Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Kerajaan Australia tingkatkan hubungan kerjasama dengan Perlis

Kerajaan Australia tingkatkan hubungan kerjasama dengan Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 01 June 2023 10:23

ARAU: Kerajaan Australia akan terus meningkatkan hubungan dengan Malaysia termasuk Perlis khususnya dalam bidang pertanian dan pelancongan.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr. Justin Lee yang mengadakan lawatan dua hari ke negeri ini bermula sehingga semalam berkata, Perlis dilihat mempunyai banyak kawasan pertanian berpontesi yang boleh ditingkatkan melalui kerjasama antara dua pihak.

Katanya, Australia juga mempunyai kepakaran dalam pertanian dan turut memiliki kerjasama dalam perusahaan komoditi dalam bidang itu.

 
 

“Saya juga dibawa melawat ke sawah padi dan kawasan-kawasan pertanian dan mungkin nanti kita dapat tingkatkan kerjasama dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui selepas mengadap Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Istana Arau di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Tambah Justin Lee, lawatan beliau dan delegasi dari Kedutaan Australia itu adalah yang pertama selepas empat tahun tiada lawatan dari wakil kedutaan itu ke negeri ini.

“Apa yang dapat saya katakan, Perlis adalah sebuah negeri yang indah serta penduduknya ramah dan menyambut kami dengan begitu baik,” katanya.

Sementara itu, Justin Lee berkata, Perlis yang dekat dengan pulau Langkawi serta Thailand memungkinkan kehadiran pelancong yang cukup ramai.

“Saya kira mungkin cukup banyak pelancong yang datang ke Perlis yang memiliki keindahan dan pemandangan bagus dan saya pasti pelancong dari Australia juga ingin datang ke sini dan itu salah satu yang kami boleh sampaikan kepada penduduk Australia.

“Saya juga diberi kesempatan untuk bersama Tuanku Pemangku Raja Perlis melawat Kampung warna-warni dan teruja melihat bagaimana usaha baginda mengubah landskap perkampungan nelayan itu menjadi kawasan pelancongan.

“Selain masyarakatnya yang terbuka serta ramah dengan pelancong, Perlis juga kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak seperti harumanis, pulut mangga serta laksa Perlis dan ia salah satu faktor yang boleh menarik kehadiran pelancong khususnya dari Australia ke negeri ini,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE