Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan awal tunjang utama bagi persediaan kanak-kanak n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pendidikan awal tunjang utama bagi persediaan kanak-kanak

Pendidikan awal tunjang utama bagi persediaan kanak-kanak

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 01 Jun 2023 10:22

KANGAR: Pendidikan awal kanak-kanak merupakan proses asuhan atau didikan yang merupakan tunjang utama dalam persediaan mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan.

 

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pendidikan awal membolehkan kanak-kanak belajar, bergaul dan membina hubungan baik dengan rakan sebaya termasuk guru dalam meningkatkan interaksi sosial mereka.

Titah baginda, berikutan itu, pusat pendidikan yang baik mampu mewujudkan suasana selesa dan harmoni di dalam bilik darjah di samping membentuk anak-anak berkualiti dalam menarik minat mereka untuk belajar.

“Akses pendidikan awal ini membolehkan anak-anak mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan secara bersemuka di sekolah dan usaha ini membuka ruang serta peluang kepada mereka untuk meneroka dunia pendidikan sebenar.

“Hasilnya, anak-anak ini akan menjadi lebih yakin untuk berdiri di atas kaki sendiri dan peka dengan keadaan sekeliling menerusi pendekatan holistik yang dipupuk dalam kalangan pelajar bagi menjadikan mereka seimbang dari sudut sahsiah, rohani serta akademik” titah baginda sewaktu Majlis Penyerahan Biasiswa Smart Reader Kids – One Child One Hope kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Turut berangkat dalam majlis berkenaan, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Datuk Sri Dr. Richard Ong bersama Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Darus.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin selaku Pengerusi YTSP Perlis turut dipersembahkan mok cek biasiswa bernilai RM140,000.

Sementara itu, Richard menerusi ucapannya berkata, penubuhan program biasiswa Seorang Anak Sebesar Harapan atau ‘One Child One Hope’ merupakan inisiatif pihak Smart Reader Worldwide dalam melahirkan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

“Sejak biasiswa ini dimulakan di negeri Perlis pada tahun 2008, Smart Reader Worldwide telah menyumbangkan hampir RM1 juta kepada 186 orang kanan-kanak bagi meneruskan pendidikan pra sekolah yang berkualiti tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya.

 
 

Tambah beliau, pihaknya berharap biasiswa itu dapat diteruskan bagi membantu kanak-kanak di negeri Perlis khususnya golongan kurang berkemampuan.

“Usaha ini adalah bagi membolehkan pihak terlibat mendapatkan pendidikan yang berkualiti,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE