Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PENUBUHAN PUSPEN BUKAN SEKADAR PUSAT PEMULIHAN - PEMANGKU RAJA PERLIS n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PENUBUHAN PUSPEN BUKAN SEKADAR PUSAT PEMULIHAN - PEMANGKU RAJA PERLIS

PENUBUHAN PUSPEN BUKAN SEKADAR PUSAT PEMULIHAN - PEMANGKU RAJA PERLIS

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 30 Mei 2023 08:49

PADANG BESAR, 29 Mei (Bernama) -- Falsafah penubuhan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) bukan sekadar sebagai tempat pemulihan penagihan dadah sebaliknya bagi mengajar erti kehidupan sebenar, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah PUSPEN juga memberikan asas ilmu berkaitan kerohanian, pengurusan diri dan kemahiran hidup untuk mendepani penolakan sosial.

"Ia juga membina semula keyakinan, kemahiran dalam bidang pekerjaan dan kefungsian diri dalam erti kata hidup sebenar," titah baginda pada Majlis Perasmian PUSPEN Bukit Chabang di sini malam ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan barisan exco kerajaan negeri.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah meskipun mungkin terdapat pandangan sinikal dan stigma segelintir masyarakat terhadap usaha membanteras gejala dadah, AADK tetap teguh dengan iltizamnya melaksanakan penguatkuasaan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.  

"Beta berharap AADK akan terus memberikan tahap prestasi perkhidmatan yang tinggi dalam menerajui program rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah kejayaan pemulihan penagihan dadah perlu dijalankan secara kolektif dan tanggungjawab itu tidak boleh digalas oleh AADK sahaja. 

"Komitmen dan keterlibatan semua pihak meliputi klien itu sendiri, seluruh ahli keluarganya, komuniti setempat, jabatan-jabatan, badan bukan kerajaan dan pemimpin di peringkat akar umbi penting," titah baginda.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE