Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PEMANGKU RAJA PERLIS LANCAR JENAMA 'SUKA' n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PEMANGKU RAJA PERLIS LANCAR JENAMA 'SUKA'

PEMANGKU RAJA PERLIS LANCAR JENAMA 'SUKA'

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Mei 2023 17:16
 

Sutekno berkata jenama SUKA iaitu singkatan bagi 'Sokongan Untuk Pemulihan Anda' digunakan oleh AADK untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh klien (pelatih PUSPEN) meliputi hasil pertanian, kimpalan, jahitan dan makanan.

“Sesuai dengan maksud perkataan SUKA, kita mengajak masyarakat untuk sama-sama menyokong usaha pelatih PUSPEN membina hidup baharu dan bebas daripada najis dadah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran SUKA di sini hari ini.

Sementara itu  Pengarah PUSPEN Jeli, Kelantan, Aman Mustapha berkata klien di PUSPEN Jeli menghasilkan produk pertanian berupa anak pokok durian sebagai sebahagian komponen dalam rawatan pemulihan mereka.

“Produk  anak pokok durian kacuk ini merupakan idea klien sendiri yang berminat dengan bidang pertanian dan kita di PUSPEN memberi bimbingan  kepada mereka,” katanya.

Menurutnya penjagaan anak pokok durian dapat mendidik klien tentang kesedaran menjaga diri sendiri agar tidak terjebak lagi dengan penyalahgunaan dadah dan barang terlarang.

“Anak pokok durian perlu disemai, dibaja serta disiram dan begitu juga kehidupan ini perlu dijaga dengan baik agar tidak terjebak dengan perkara yang boleh mendatangkan mudarat seperti najis dadah,” katanya.

Pengarah PUSPEN Gambang, Pahang Rosland Hussen pula berkata produk SUKA menjadikan klien lebih kreatif seperti mengunakan bahan terpakai untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai komersial.

“Di PUSPEN Gambang kita bawa produk ‘orang-orang’ yang diguna untuk menghalau haiwan perosak tanaman dan dihasilkan dari bengkel kimplan mengunakan gabungan teknologi pengesan (sensor) dan tenaga solar,” katanya.

 

Sumber: Bernama

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE