Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis

Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Mei 2023 08:48
KANGAR: Pendakwah Islam seharusnya sentiasa melengkapkan diri masing-masing dengan kemahiran dan ilmu agar dihormati dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
 
"Sebagai umat Islam kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam sesama umat manusia," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
 
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Persidangan Dakwah Serantau kali ke-9 yang diadakan di sini malam tadi.
 
Titah baginda, usaha berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai agama Islam kepada masyarakat selain umat Islam juga perlu menjaga akidah dan melindunginya daripada sebarang anasir tidak baik.
 
Menurut kenyataan itu, persidangan yang dihadiri 200 peserta dari 40 negara itu dianjurkan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation, MyGuide Malaysia, Gabungan Dakwah Malaysia dan MAIPs.
 
 
Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE