Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ekopelancongan beri kesan positif komuniti setempat

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Ekopelancongan beri kesan positif komuniti setempat

Ekopelancongan beri kesan positif komuniti setempat

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 24 May 2023 11:32

PEMANGKU Raja Perlis bertitah, ekopelancongan tidak hanya memberi manfaat kepada para pengunjung, tetapi ia juga memberi kesan yang positif terhadap komuniti setempat.

Baginda bertitah, melalui ekopelancongan juga, masyarakat setempat boleh menjana pendapatan melalui kegiatan ekonomi; sebagai contoh; menjadi pemandu pelancong, menjalankan perniagaan makanan dan minuman berasaskan warung, mendirikan homestay dan sebagainya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen selepas berkenan melancarkan “Wang Kelian, Perlis – The Forgotten Valley” di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. – Gambar Ihsan Sin Chew Daily

 

“Ia juga boleh menggalakkan golongan belia tempatan menjalankan perniagaan berasaskan pelancongan bagi menjana pendapatan yang turut dapat memperkasakan lagi aktiviti komuniti mereka,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Wang Kelian, Perlis – The Forgotten Valley” anjuran Roots and Shoots Malaysia, Perlis Nature and Wildlife dengan sokongan Think City, The Habitat Foundation dan Jabatan Perhutanan Perlis di Hotel Putra Brasmana pagi ini.

Berkenan hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 
Sebahagian yang terlibat pelancaran “Wang Kelian, Perlis – The Forgotten Valley” di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. – Gambar Ihsan Sin Chew Daily

 

Hadir sama Pengarah Perhutanan Negeri, Ag Shaffie Ag Ahmadni dan Pengasas dan Ketua Perlis Nature & Wildlife Syamil Abd Rahman.

Baginda bertitah, melalui projek ini juga keindahan alam semulajadi, keunikan kepelbagaian biologi serta keistimewaan warisan sejarah tempatan Wang Kelian, Kaki Bukit dan Taman Negeri Perlis dapat dizahirkan di dalam bentuk buku, pameran dan juga dokumentari.

“Tempat-tempat ini memiliki pelbagai jenis tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang unik dan jarang ditemui di negeri lain,” titah Baginda.

Baginda bertitah, projek ini juga berpotensi menyumbang kepada pembangunan dan merancakkan lagi industri ekopelancongan di Perlis.

Baginda berharap melalui projek ini, masyarakat setempat di Wang Kelian dan Kaki Bukit akan terus berusaha keras lagi bagi mengambil kesempatan untuk melibatkan diri secara serius dalam kegiatan-kegiatan ekonomi industri ekopelancongan supaya kelestarian alam flora dan fauna akan terus terpelihara dan dikekalkan untuk generasi yang akan datang. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE