Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Gesa Tangani Jenayah Siber n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Gesa Tangani Jenayah Siber

Raja Muda Perlis Gesa Tangani Jenayah Siber

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 Mei 2023 12:25

ARAU, 21 Mei- 21 Mei- Usaha menangani jenayah penipuan dalam talian, pencerobohan, ketirisan data serta kecurian identiti perlu terus dipergiat melibatkan pelbagai entiti bagi memastikan pendidikan dan intervensi dapat dilaksanakan secara holistik dan kolektif.

 

Jenayah itu menjadi ancaman serius kepada pengguna.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, "semua pihak hendaklah terus menggembleng tenaga dengan mempertingkatkan pelaksanaan program-program kesedaran keselamatan siber bagi memberi kefahaman kepada pengguna internet tentang jenayah scam sekali gus bersama-sama berganding bahu membanteras jenayah ini."

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM menunjukkan, sehingga Mac 2023, kerugian sebanyak RM250 juta telah direkodkan."

Kebanyakannya melibatkan jenayah penipuan telekomunikasi, pembelian dalam talian, scam pinjaman tidak wujud dan scam pelaburan.

Justeru, semua pihak digesa terus menggembleng tenaga dengan mempertingkat kesedaran keselamatan siber bagi kefahaman pengguna Internet tentang jenayah scam sekali gus membanteras jenayah tersebut.

Demikian titah baginda ketika merasmikan Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis di Dewan Kecemerlangan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

Perlis merupkan negeri kedua program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan setelah dilancarkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil 18 Mei lalu di Petaling Jaya.

 

Sumber daripada  Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE