Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Berangkat Santapan Malam Ulang Tahun Baginda Ke-80 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Berangkat Santapan Malam Ulang Tahun Baginda Ke-80

Raja Perlis Berangkat Santapan Malam Ulang Tahun Baginda Ke-80

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 Mei 2023 11:51

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-80.

 

Majlis ini berkenan dihoskan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Perlis di Kuala Lumpur, malam tadi.

Berangkat sama, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Tengku Fauziah bertitah, sesungguhnya pada majlis yang cukup ringkas dihadiri beberapa ahli keluarga serta kenalan rapat sahaja, Baginda dan Tuanku Raja menzahirkan rasa sukacita kepada semua kerabat DiRaja, sahabat handai, kenalan serta rakyat negeri Perlis yang telah mendoakan kesejahteraan serta mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Baginda semalam sama ada secara fizikal mahupun melalui panggilan telefon, WhatsApp dan sebagainya.

Baginda turut menzahirkan terima kasih dan memohon maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu.

“Kepada yang menghantar jambangan bunga, pelbagai bentuk persembahan serta kek dan juadah-juadah istimewa bersempena sambutan tersebut, juga diucapkan terima kasih,” titah Baginda.

Baginda berdua sesungguhnya amat terharu atas ingatan semua.

Raja Perempuan juga turut memaklumkan rasa bersyukur kerana pembedahan ke atas Raja Perlis baru-baru ini telah berjalan lancar dan Baginda kini dalam proses sembuh di mana faktor usia memerlukan sedikit masa.

Akhir titah, Tuanku Tengku Fauziah turut mendoakan semoga semua akan terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, ukhuwah dan silaturrahim yang utuh serta kasih sayang kekal terpelihara.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE