Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - FAMA Mensasarkan Nilai Jualan Mempelam Harumanis Sebanyak RM40 Juta n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
FAMA Mensasarkan Nilai Jualan Mempelam Harumanis Sebanyak RM40 Juta

FAMA Mensasarkan Nilai Jualan Mempelam Harumanis Sebanyak RM40 Juta

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 30 April 2019 10:20

KUALA LUMPUR, 30 April 2019 (Selasa) - LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mensasarkan Nilai Jualan Mempelam Harumanis Sebanyak RM40 Juta pada tahun ini membabitkan pengeluaran hasil 2,300 metrik tan di Perlis.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata, walaupun musim penuaian buah berkenaan antara April hingga Jun dan ketika umat Islam menyambut Ramadan, ia tidak menjadi masalah kerana harumanis sentiasa mendapat sambutan.

Menurutnya, FAMA akan mengadakan promosi jualan harumanis di 109 outlet pemasarannya di seluruh negara bagi memberi peluang kepada penggemar buah itu menikmati keenakannya.

“Selain pasaran tempatan, kita turut mengeksport harumanis ke Singapura kerana mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk negara itu.

“FAMA juga dalam usaha memasarkan harumanis ke Jepun berdasarkan sambutan baik penduduk negara itu.

“Insya-Allah, kita akan bantu pengusaha harumanis supaya mereka dapat eksport buah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pelancaran Karnival Mangga Harumanis Perlis 2019 di Busana MARA, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Ishak berkata, FAMA menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Perlis untuk memperkasakan lagi pembangunan sektor ekonomi negeri berkenaan menerusi produk ikonik harumanis.

“Kerjasama itu membabitkan karnival harumanis di bangunan MARA mulai hari ini sehingga Jumaat.

“Program ini sangat unik di mana kita meraikan usahawan dan penggemar mempelam harumanis termasuk produk tempatan negeri berkenaan.

“Produk ini menerajui dan memacu kejayaan Perlis dalam menjana sektor ekonomi negeri berkenaan serta menjadi kebanggaan rakyat Perlis sejak sekian lama,” katanya.

Menurutnya, FAMA sentiasa meningkatkan permintaan buah-buahan tempatan dan memperluaskan pasaran di samping menggalakkan rakyat lebihkan makan buah-buahan tempatan.

Sumber daripada METRO Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE