Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja, Raja Perempuan Perlis terima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja, Raja Perempuan Perlis terima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara

Raja, Raja Perempuan Perlis terima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 18 Mei 2023 09:52

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan isteri, Puan Sri Zainah Othman di Istana Perlis, Kuala Lumpur, semalam.

Berangkat sama Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan menerima jambangan bunga yang dipersembah Zainah di Istana Perlis di Kuala Lumpur.

 

Selesai majlis mengadap, Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua pihak dan individu yang mempersembahkan ucapan sembah tahniah bersempena Hari Ulangtahun Baginda Ke-80 hari ini, 17 Mei melalui pelbagai medium yang tidak dapat dijawab satu persatu.

Baginda juga mendoakan agar Perlis terus makmur, aman dan sentosa selamanya serta seluruh rakyat turut dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup sekarang ini dan juga pada masa-masa yang mendatang.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE