Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Alu lebih banyak pelabur Malaysia ke Kemboja n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Alu lebih banyak pelabur Malaysia ke Kemboja

Alu lebih banyak pelabur Malaysia ke Kemboja

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 18 Mei 2023 09:47

KANGAR: Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh mengalu-alukan lebih banyak pelabur dari Malaysia untuk datang mencari peluang-peluang yang sedia ada ditawarkan oleh negara Kemboja.

Antara sektor yang boleh diceburi adalah telekomunikasi, pertanian, pemakanan dan juga infrastruktur.

 

Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, ramai pelabur asing mengambil peluang untuk menjalankan pelbagai perniagaan mereka di negara tersebut.

“Melalui pertumbuhan ekonomi Kemboja yang semakin pesat, ramai pelabur asing mengambil peluang untuk menjalankan pelbagai perniagaan mereka di negara tersebut.

“Melalui komitmen kerajaan Kemboja untuk menjadikan negara berkenaan sebagai sebuah destinasi perdagangan antarabangsa atau hub, ianya telah semakin berjaya menarik minat para pelabur besar seperti China yang telah banyak membantu Kemboja dalam menjana ekonominya dalam Rangka Plan Tahun 2020-2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempersembah maklumkan perkara itu kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh bagi mengucapkan selamat berangkat pulang ke tanah air kepada baginda semalam.

Turut berada di lapangan terbang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbang Tara Sukan SEA, Datuk M.Rajasekaran dan bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo.

Baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berada di Phnom Penh bagi menyaksikan temasya sukan SEA Ke-32 Cambodia 2023.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan menyerahkan sumbangan Tabung Ibnu Sabil MAIPs bernilai RM5,000 kepada Penasihat Kedutaan, Nur Herzazilla Ghazali dan Setiausaha Ketiga, Mohd Syazwan Mohd Nasir yang menerima bagi pihak Pejabat Kedutaan.

Sumbangan tersebut ialah untuk digunakan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri, terkandas untuk kembali ke tempat asal atau bagi meneruskan perjalanan.

Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan harapan supaya semua pihak di Perlis akan mempergiatkan lagi usaha bagi membolehkan Perlis berada setanding dengan negeri maju yang lain.

“Kesinambungan projek-projek yang dirancang terdahulu serta perancangan pembangunan-pembangunan baharu yang berpotensi hendaklah diketengahkan dengan lebih agresif, pantas dan berimpak,” titah baginda.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

Cialis sipariş sitesi https://cialisphm.net/ cialis sipariş hapı online satmaya devam ediyor.