Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis melawat kontinjen atlet Malaysia di Kemboja n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis melawat kontinjen atlet Malaysia di Kemboja

Pemangku Raja Perlis melawat kontinjen atlet Malaysia di Kemboja

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 Mei 2023 09:48

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, telah berkenan berangkat menghulurkan sokongan moral kepada Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Kemboja 2023 dengan mengadakan kunjungan ke Perkampungan Atlet pada hari Ahad, 14hb Mei 2023.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam kunjungan tersebut telah disambut oleh Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia dan pegawai-pegawai MOM.

Selain lawatan ke Sekretariat Kontinjen Malaysia di NOC Centre, Baginda Tuanku berdua turut melawat ke Pusat Kesihatan, Pusat Pemulihan dan Pusat Psikologi yang dikendalikan oleh ISN.

“Bagi pihak MOM dan Kontinjen Malaysia, kami menjunjung kasih kepada Baginda Tuanku berdua atas perkenan memberi sokongan moral kepada Kontinjen Malaysia” kata Datuk Mohd Nasir.

Sebagai tanda menjunjung kasih, Datuk Mohd Nasir telah menghadiahkan Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia kepada Baginda Tuanku berdua.

Datuk Mohd Nasir turut menyampaikan Cenderahati Rasmi bagi pihak Presiden MOM kepada DYMM Pemangku Raja Perlis atas sokongan Baginda dalam Pergerakan Olimpik yang diterajui oleh MOM.

 

Sumber: Olympic Council of Malaysia (Facebook)

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE