Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 2,300 Tan Harumanis Bernilai RM80 Juta Dikeluarkan Tahun Ini n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
2,300 Tan Harumanis Bernilai RM80 Juta Dikeluarkan Tahun Ini

2,300 Tan Harumanis Bernilai RM80 Juta Dikeluarkan Tahun Ini

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 30 April 2019 09:20

KUALA LUMPUR, 30 April 2019 (Selasa) - Sebanyak 2,300 tan mangga harumanis dijangka dihasilkan sepanjang musim buah itu tahun ini, dengan nilai jualan runcit dianggarkan mencecah RM80 juta.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak, berkata jumlah itu yang dijangka dihasilkan bermula bulan ini hingga awal Jun depan, diyakini mencukupi untuk menampung permintaan pasaran, khususnya sepanjang Ramadan.

Daripada jumlah itu, katanya, hanya sekitar lima peratus akan dieksport ke Singapura, manakala selebihnya untuk pasaran tempatan.

Setakat ini, kita tumpu pasaran tempatan. Harumanis pernah mendapat kebenaran dieksport ke Jepun, tetapi proses menghantar buah mangga ini perlu melalui pelbagai teknik penjagaan, pembungkusan, rawatan buah dan lain-lain.

“Jadi kita tumpu pada pasaran Singapura dulu dan pada masa depan, mungkin akan lihat bagaimana untuk eksport harumanis ke Jepun, sama ada oleh FAMA atau syarikat perladangan,” katanya selepas majlis perasmian Karnival Mangga Harumanis Perlis 2019 di Menara MARA di sini, hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan merasmikan serta melawat usahawan di karnival berkenaan.

Ditanya strategi FAMA mengelak lambakan mangga harumanis, Ahmad berkata, pihaknya memperbanyakkan lokasi untuk pelanggan mendapatkan buah itu dengan mewujudkan 109 outlet seluruh negara.

“Kita juga adakan kempen menjadikan harumanis sebahagian juadah berbuka puasa memandangkan buah ini tiba musim pada Ramadan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Ia disusuli dengan pengiklanan, selain FAMA memberi tumpuan pada segmen pasaran bukan Melayu, khususnya komuniti Cina yang masih belum tahu secara mendalam keistimewaan harumanis,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, karnival itu diadakan empat hari bermula hari ini membabitkan 30 usahawan dan 100 produk jualan.

“Bermula hari ini hingga 3 Mei, kami menjangkakan hasil jualan mencecah hampir RM500,000 di lokasi strategik yang dijangka menarik kira-kira 30,000 pengunjung.

“Sepanjang karnival ini, 15 tan harumanis dibawa untuk memenuhi permintaan pelanggan dan bekalan tambahan juga sedia dihantar dari Perlis jika jumlah itu tidak mencukupi.

“Harga harumanis dijual di sini RM35 sekilogram atau RM100 untuk tiga kilogram (kg) dan dijangka berubah mengikut bekalan,” katanya.

Sumber daripada Berita Harian Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE