Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam Perlu Bijak Kendali Perbezaan Demi Persaudaraan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Umat Islam Perlu Bijak Kendali Perbezaan Demi Persaudaraan

/ Archive MAIPs / Sabtu, 07 Januari 2017 08:28

PHANG NGA, Thailand 7 Januari 2017 (SABTU) – Se­­­luruh umat Islam perlu bijak mengendalikan perbezaan yang berlaku antara mereka demi pe­nyatuan ummah dan terus kekal dalam persaudaraan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, umat Islam perlu akur apabila berlakunya perbezaan selama ini kerana masing-ma­sing mempunyai latar belakang pendidikan, budaya dan kefahaman yang berlainan.

“Namun, masing-masing perlu berusaha mencari penye­le­saian yang terbaik demi ke­sa­tuan umat,” titah baginda ke­tika merasmikan Seminar Uma­tan Wahidah sempena Kembara Marhabah Raja Muda Perlis ber­sama Delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Phang Nga dan Nakhon Si Thammarat di Phang Nga di sini hari ini.

Berkenan hadir sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil.

Sebelum itu diadakan Wacana Ilmu oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, percaturan dunia telah menyebabkan umat Islam terpisah daripada segi geografi, sosial dan politik tetapi syahadah te­lah menjadi tali pengikat selama ini.

“Sebenarnya memang mustahil untuk kita dapat seia sekata dalam semua perkara,” titah ba­ginda.

Titah baginda lagi, Islam sendiri mengiktiraf perbezaan pandangan dan amalan dalam perkara-perkara yang bukan dasar dan prinsip.

Walau bagaimanapun, titah baginda, menjadi kewajipan umat Islam untuk bekerjasama de­mi mengembalikan keagu­ngan agama suci itu dan membersihkan daripada tuduhan dikaitkan dengan keganasan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE