Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis rasmi wad kanak-kanak Tuanku Syed Putra di Sandakan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis rasmi wad kanak-kanak Tuanku Syed Putra di Sandakan

Raja Muda Perlis rasmi wad kanak-kanak Tuanku Syed Putra di Sandakan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 27 Mac 2023 08:50

Sandakan: : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan mencemar duli merasmikan wad pediatrik, yang dinamakan Wad Kanak-Kanak Tuanku Syed Putra di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini.

Baginda bertitah perkhidmatan kesihatan kanak-kanak yang baik dan mudah diperoleh suatu keperluan yang amat mustahak, lebih-lebih lagi kanak-kanak merupakan pewaris yang akan membentuk generasi hadapan.

“Masyarakat dan kakitangan kesihatan mestilah sentiasa bersama-sama bekerja dan bersatu hati dalam aspek kesihatan diri. Pihak hospital dengan aktiviti promosi kesihatan dan ‘outreach’ memerlukan penglibatan masyarakat setempat.

“Dengan kerjasama yang berterusan, insya-Allah taraf kesihatan kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan,“ titah baginda pada majlis perasmian wad itu.

Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah dengan perasmian wad kanak-kanak itu, penduduk setempat akan mendapat khidmat perawatan dan kesihatan bertaraf tinggi seperti hospital berpakar yang lain.

Namun, apa yang lebih penting adalah untuk memastikan perkhidmatan kepakaran perubatan terutama dalam bidang kanak-kanak lebih dekat kepada komuniti bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat tempatan, titah baginda.

Baginda turut berkenan melawat wad itu sambil mendengar taklimat daripada Pengarah HDOK Dr Mohd Fahmie Othman dan juga menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad berkenaan.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE