Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kementerian Perpaduan Negara jayakan webinar bulanan YTF n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kementerian Perpaduan Negara jayakan webinar bulanan YTF

Kementerian Perpaduan Negara jayakan webinar bulanan YTF

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 27 Mac 2023 07:46

KEMENTERIAN Perpaduan Negara akan menjayakan webinar bulanan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) ‘Women in Search of Excellence (WISE)’ Edisi Ke-19, 28 Mac ini.

Webinar tersebut akan dihoskan oleh Kementerian berkenaan melalui Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan topik menarik iaitu “Aspirasi Wanita Ke Arah Memartabatkan Perpaduan Dalam Kalangan Mahasiswa Di Institusi Pengajian Tinggi”.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan berangkat menyempurnakan majlis menandatangani watikah-watikah penghargaan kepada para panelis yang terlibat dalam webinar YTF WISE yang dilaksanakan secara hybrid bertemakan “Journey to The Top” anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) baru-baru ini.

Raja Puan Muda selaku Pengerusi YTF menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah MARA Datuk Sri Azhar Abdul Manaf; Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman; para penceramah yang hebat-hebat belaka; serta semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut menitahkan bahawa peranan wanita dalam pendidikan semakin mencabar dibandingkan waktu dahulu.

Baginda bertitah, wanita zaman ini bukan sahaja perlu menggalas tugas mengurus rumah tangga, malah memainkan peranan mustahak dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara,” titah Baginda.

“Kita sedia maklum, bukan mudah mengatasi tekanan dan tuntutan tanggungjawab antara keluarga dan kerjaya. Namun kita amat berbangga akan kejayaan wanita-wanita kita di persada dunia,” titah Baginda.

Titah Baginda, perkembangan potensi kaum wanita dalam pendidikan juga perlu terus diberi perhatian serius.

“Kaum wanita telah membuktikan kebolehan mereka dalam berbagai bidang dan lapangan serta sumbangan yang besar kepada negara dan masyarakat,” titah Baginda. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE